5P pembiayaan LPPSAABYblog

Buat temujanji melalui whatsapp. Bincangkan rekabentuk, spesifikasi bahan dan kos yang terlibat.

 

Semakan slip gaji dan pengiraan jumlah kelayakan pembiayaan. Pengiraan kos bina yang terlibat.

 

Selepas keputusan dan persetujuan di buat oleh pelanggan, pelukis pelan akan menyiapkan pelan bangunan. Mereka akan mendapatkan pengesahan dari arkitek. 

Jika berlaku perubahan pelan, pelukis pelan perlu membuat perubahan pelan. 

Tempoh kesediaan pelan, sekurang-kurangnya 1 minggu ke 4 minggu. (bergantung kepada pelukis pelan)

 

Selepas pelanggan menandatangani pelan bangunan, pelan tersebut akan diserahkan kepada PBT untuk dapatkan pengesahan. Tempoh dapatkan pengesahan sekurang-kurangnya 2 minggu ke 3 bulan. (bergantung kepada PBT tersebut)

Selepas pengesahan dibuat oleh PBT, baru wujud pelan struktur.

Pelan bangunan dan struktur perlu diserahkan kepada LPPSA bersama borang permohonan (online), dokumen-dokumen lain seperti slip gaji, surat sah jawatan dan sebagainya. 

Pembiayaan diuruskan oleh peguam panel (peguam yang dilantik oleh LPPSA). 

 

Setelah pembiayaan di luluskan oleh LPPSA, barulah kontraktor boleh mula membersihkan tapak pembinaan dan pembinaan dimulakan. 

Tempoh pembinaan bergantung kepada rekabentuk dan keluasan binaan. Anggaran 8 bulan ke 18 bulan.