ABY Design & Build adalah syarikat perunding dalam pembinaan rumah sesebuah, fokus untuk membantu penjawat awam yang memiliki tanah di utara khususnya Pulau Pinang, mendapatkan khidmat nasihat atau perundingan bina rumah melalui pembiayaan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Ditubuhkan pada 2017. Mewujudkan platform bina rumah LPPSA pada 2019
Sejarah Penubuhan
Pada awalnya ABY menggunakan jenama Bina Rumah Penang, dan pada 2020 kami menggantikan kepada ABY Design & Build atas nasihat mentor.
Pengasas
ABY Design & Build diasaskan oleh Cik Nurfira Nizam dan Cik Hilda, masing-masing memegang syer dan jawatan sebagai Pengarah dan Pengurus dalam syarikat.
Pengalaman
Perniagaan ini ditubuhkan berasaskan kepada pengalaman selama 5 tahun dalam penguruskan projek pembinaan rumah bersama keluarga. Berbekalkan ilmu dan pengalaman, mereka menyambung legasi perniagaan ini untuk membawa kearah matlamat dan hala tuju yang lebih besar.
Tahun Ke-6
Alhamdulillah 2023 adalah tahun ke 6 berada dalam industri pembinaan. Banyak perkara kami belajar sepanjang tempoh penubuhan. Lebih-lebih lagi berkenaan bina rumah melalui pembiayaan LPPSA. Daripada proses permohonan pembiayaan sehingga rumah siap sepenuhnya.